4 TEKNIK SIMPLE BERCERAI SUSU
Ilmu bercerai susu ( Weaning Off) memang ramai yang tidak tahu. Jadi saya kongsikan di sini apa yang saya buat dan bagaimana proses berhentikan penyusuan itu berlaku.
Teknik weaning off yang saya guna ialah PERATURAN
1. Don't Offer and Don't Refuse
Waktu anak masuk umur 2 tahun, kita tak perlu offer menyusu dan jangan tolak jika anak minta mahu menyusu. Pastikan anak makan makanan seimbang. Leka dan lengahkan dia untuk menyusu
Waktu anak masuk umur 2 tahun, kita tak perlu offer menyusu dan jangan tolak jika anak minta mahu menyusu. Pastikan anak makan makanan seimbang. Leka dan lengahkan dia untuk menyusu
2. Kurangkan Sesi Penyusuan Sedikit Demi Sedikit
Saya tak mengepam dah dan kurangkan sesi menyusu. Bila kurang menyusu automatik susu kita akan kurang dan sikit. Saya juga ajarkan anak minum susu guna cawan/sippy cup. Letak cawan di meja. Cakap,
"Nuha sekarang dah besar, kena minum susu dalam cawan. "
Awal-awal memang anak akan protes. Tapi kita perlu tegas. Jangan cepat mengalah. Setkan rules dengan anak. Disiplinkan dari awal.
3. Terangkan pada anak, dia sudah besar, bukan lagi baby
Kalau dah besar, nanti nak pergi sekolah tak boleh dah minum susu ibu. Baby je yang menyusu. Anak faham beza baby dengan kanak-kanak. Terangkan APA dan MENGAPA. Anak kita ni bijak ibu semua.
4. Menyusu hanya MALAM Sahaja
Proses bercerai susu ni sebenarnya ambil masa. Target tempoh berhentikan penyusuan 2-3 tahun Ustaz Hassan Din AlHafiz beritahu Rasulullah s. a. w berhenti menyusu pada umur 3 tahun. 3 tahun adalah maksimum penyusuan. (Bergantung pada ibu masing2 berbeza bila mahu stopkan penyusuan) Adakah logik setiap hari bayi anda menyusu, tiba tiba hari ni stop terus tak nak bagi susu. Anda lumur garam, asam? Macam anda hari -hari diberi makan nasi. Tiba2 hari ni ' anda disekat' tak boleh makan nasi. Bayi anda kecil lagi. Dia pun tak faham kenapa mama ni tiba2 tak mahu bagi susu? Kasihan emosi anak tercedera bila kita buat sesuatu yang tak sepatutnya. Anda tak perlu menipu pun anak anda untuk berhenti menyusu. Jangan menipu, dan bercakap perkara benar.
Beri aura dan kata2 positif pada anak. Lama kelamaan anak akan faham. Sambil tu berdoa mohon dipermudahkan. InsyaAllah anak akan berhenti menyusu secara berperingkat. Biarlah proses bercerai susu berlaku bila ibu dan anak sudah bersedia. Perasaan berpisah susu, hanya ibu dan anak sahaja yang faham.
Kredit : Aisyah Samat
Kaunselor Penyusuan Bertauliah & Pembimbing Ibu Menyusu
Kaunselor Penyusuan Bertauliah & Pembimbing Ibu Menyusu

No comments:
Post a Comment