Sunday, January 13, 2019

10 ADAB MENZIARAHI IBU BERPANTANG

1. SEBELUM ZIARAH BAGI TAHU DULU KITA NAK DATANG
Sebelum pergi ziarah tu seeloknya beritahu kehadiran kita pada tuan badan atau tuan rumah. Maklumkan lebih awal.  Bukan apa kalau datang terjah membuatkan si ibu dan tuan rumah rasa tidak selesa. Mana lah tahu masa kita nak datang tu, ada nurse sedang buat home visit ke, atau si ibu perlu ke klinik ke kan. Kalau kita bagitahu awal-awal kan senang, dapat lah si ibu dan tuan rumah bersedia menyambut kehadiran kita.


2. MELAWAT PADA WAKTU SESUAI
Waktu pun perlu diambil kira. Datang la waktu pagi dalam pukul 9.30 pagi ke atas..  Jangan tengah hari pula, masa tu orang nak makan. Tapi tolong la yea jangan datang waktu malam, sangat-sangat tidak sesuai. Sebab malam orang nak berehat.


3. TAK SIHAT TAK PERLU DATANG
Kalau badan tak sihat, atau ada anak tak sihat, tak perlu la bawa dan ziarah ibu berpantang. Walau pun selesema atau batuk sikit sekali pun. Tolong sangat - sangat janganbla melawar.  Sebab kita tahu kan, bayi baru lahir ni mudah terkena penyakit dari orang sekeliling dia. Terutama orang yang datang melawat sebab imunisasinya masih lemah.


4. CUCI TANGAN
Sebelum pegang si baby cuci la tangan tu dulu sayang. Tak salah minta kebenaran pada si ibu atau tuan rumah nak cuci tangan kan.  Diorang lagi suka taw.


5. BERSIHKAN DIRI DAN MANDI
Kan bagus sebelum datang tu kita bersihkan diri. Kita rase selesa oarang yang kita nak ziarah pun selesa.  Tak de la bauh masam masam.  Tapi jangan terlalu berwangi wangian yea. Sebab si ibu yang sedang berpantang perlu berehat dan wangian yang terlalu kuat membuatkan si ibu pening kepala. Tak pasal-pasal si ibu muntah depan korang dah haru jadinye.


6. JAGA MULUT
Yang ni memang kena jaga. Perkataanndari mukutnkita boleh menguris hati ibu berpantang. Contoh "Eh gelapnya anak kau!”, "kembang nye hidung dia" sedap mulut yang menyebut,  sakit hati ibu yang mendengar.  Mungkin niat kita hanya bergurau. Tapi sila bergurau dan jaga hati si ibu dan orang sekeliling bayi yea.


7. MINTA KEBENARAN UNTUK DUKUNG BAYI
Sila ambil perhatian ye. Sebelum nak dukung anak orang tu minta la izin dari si ibu. Mane tahu baby tu baru je tidur. Kita tak tahu, entah si ibunya bersengkang mata separuh malam untuk tidurkan si baby, kita datang terus nak ambil kesian si baby dan si ibu.


8. BAWA BUAH TANGAN
Buah tangan tu biar la si ibu boleh makan. Jangan la bawa nasi briani ke pizza ke. Telan air liur si ibu tu nanti.  Umi cadangkan, bawa la buah limau,  kurma ke,  kismis ke pati delima ke..  Ha yang ni baru bagus untuk si ibu makan. Korang juga akan dipuji.


9. JANGAN CIUM BAYI
Tolong jangan cium baby tu ya. Kita tak tahu keadaan baby tu macam mana. Mana tahu si baby ada eczema, kulit si baby sangat sensitif dengan bahan kimia.


10. JANGAN LAMA SANGAT
Bagi ruang si ibu dan si baby nak berehat. Cukup 5-10 minit masa untuk ziarah.  Tak perlu lama-lama yea.



Rasenya cukup la dengan 10 adab ziarah ibu berpantang.  Diharapkan kita sebagai pelawat jaga la adab dan sopan ketika melawat. Jangan sampai si ibu dan tuan rumah rasa tidak selesa dengan kehadiran kita ok.

No comments:

Post a Comment